Sabtu, 28 November 2009

Berkorban agar terkorban


Terkadang kita perlu belajar menolak. Walaupun mungkin pahit dan berat. Walaupun mungkin ada yang terluka.

Sesekali ada permintaan-permintaan yang melebihi kemampuan itu harus ditendang pergi. Kerana tekanan lahir apabila keinginan melebihi kemampuan, sedangkan manusia itu diciptakan berkemahuan pada banyak perkara. Dan diciptakan dalam keadaan lemah juga berkeluh-kesah.

Demikianlah ujian pencipta, yang menciptakan hidup dan mati; untuk diuji yang manakah paling baik amalnya.

Barangkali andai ketelusan hati itu menguasai segalanya, jasad dan kemahuan akan merasai padahnya.

Tidak mengapa, itulah padah dunia yang sementara. Demi memperjuangkan agamaNya, wajib ada pengorbanan.

Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Tidak ada pengorbanan tanpa kesabaran.

Seandainya rasional diri itu menjuarai neraca timbangan, lelah jasad melayan karenah keinginan.

Berkorbanlah meskipun barangkali jasad itu kelihatan lelah. SIapa tahu hati di dalamnya dalam keadaan redha?

Apa yang dilihat, tidak semestinya itu adalah hakikat. Hanya cermin yang bersih dan cekung akan mempamerkan imej yang sahih. Bukan seperti si cembung yang kotor dan berimej songsang sentiasa.

Maka bersihkanlah...

Mungkin saja kemahuan yang tinggi itu mengetuai keputusan, maka harga yang perlu dibayar adalah lebih besar, tetapi hasilnya sangat lumayan.

Tidak Allah membebankan seseorang melainkan sesuai kemahuannya jua.

Asal saja kemahuan itu adalah untuk mencari keredhaan Allah, maka itulah yang dinamakan jiwa yang dirahmati.

Katakanlah tidak.

Katakanlah ya.

Itulah pilihan yang disediakan di hadapan.

Berjayalah mereka yang mensucikan dirinya. Celakalah mereka yang mengotorinya.

Sungguhlah ilmu itu Nur Allah, tidak akan jatuh ke dalam hati yang kotor!


Begitulah kita dengan perjuangan yang memerlukan pengorbanan.

Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Tidak ada pengorbanan tanpa kesabaran.

Bukankah sudah dikhabarkan Tuhan akan secebis peringatan mengenai Ismail yang bakal diputuskan urat lehernya, sedangkan Tuhannya itu lebih dekat daripadanya berbanding urat lehernya sendiri?

Berkorbanlah! Berjuanglah! Berjihadlah!

Begitu perintah Allah pada hamba kesayanganNya.

Sedikit sekali dari kalangan manusia itu memilih untuk menuruti jalan Ismail.

Dan ada antara mereka yang berpesan-pesan di atas kebenaran. Sedangkan yang lain seringkali berpesan-pesan di atas kesabaran.

Merekalah orang-orang yang beruntung.

Sedangkan ada di antara mereka yang menzalimi dirinya; memilih untuk tidak menghiraukan seruan untuk berkorban itu. Untuk berjuang. Untuk berjihad.

Dan ada antara mereka menghalang orang lain untuk terus berkorban.

Merekalah orang-orang yang membeli kesesatan dengan hidayah. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Dan yang tidak mahu menghukum mengikut ketetapan Allah itu, mereka itulah orang-orang yang zalim.


Sesungguhnya ada yang perlu dikorbankan di dunia sementara yang sebenarnya hanya permainan dan kelalaian ini.

Iman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Dagangkan harta dan jiwa, di jalan Allah; supaya perkataanNya itu menjadi yang paling tinggi berbanding yang lain.

Itulah jual beli yang tidak ada kerugian. Modal juga sekadar pinjaman.

Ah, sungguh menguntungkan!

Barangkali Dia menganugerahkan kemenangan. Paling tidakpun syahid juga yang jadi imbuhan.

Mati?

Betapa hamba yang kasih kepadaNya itu amat mencintai mati, kerana akalnya sempurna. Sedang Dia juga mengasihi hambaNya yang tidak sabar ingin bertemuNya.

Umpama Sumayyah yang dihukum diseksa.

Mati.

Bagaikan Bilal yang dihempap didera.

Mati.

Dan...ah! Mereka-mereka yang berjihad ketika peristiwa Memali.

Mati.

Apakah mereka yang kelihatan dibunuh itu benar-benar mati? Mereka tidak membunuh, tetapi dibunuh. Demikianlah apabila dua orang Muslim itu bertemu dan ingin saling berbunuhan, yang membunuh dan yang dibunuh kedua-duanya bersalah. Kerana niatnya ingin membunuh juga!

Tidak ada jihad dengan niat ingin membunuh, tetapi niatnya adalah menegakkan syiar Allah.

Apa yang dilihat, tidak semestinya itu adalah hakikat. Hanya cermin yang bersih dan cekung akan mempamerkan imej yang sahih. Bukan seperti si cembung yang kotor dan berimej songsang sentiasa.

Jangan disangka mereka yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka terus hidup di sisi Allah. Rezekinya ada, sebagai janji dan pulangan atas perniagaan yang tiada kerugian.

Hati itu saja yang tidak merasainya. Barangkali menjadi keras kerana lama bergelumang dengan dosa.


Maka pilihlah saja.

Menang; dengan jalan bekerja keras.

Atau mati; padahal terus hidup di sisi Tuhan.

Biar syahid ataupun kemenangan.

Semoga yang menulis dan membaca memilih untuk berkorban, berjuang dan berjihad; agar dipilihNya sebagai syuhada’. Itupun semuanya dengan kehendak Allah, dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah SWT.

Berkorban, agar dimuliakan menjadi antara yang terkorban.

Salam ‘Aidil Adha dari perantauan!


NILAI TUDUNG WANITA



Menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
*from nisa'lumut....

Harus Baca.....!!! terutama golongn Wahabi...

Berilmu tapi tak berahlak???
Kes 1 :

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid'ah, engkau sesat!

Kes 2 :

Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya. Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......

Tahu dan Faham

Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.

TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

Allah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?

Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah az Zumar : 9)

Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a : Sesungguhnya Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad. (Riwayat Bukhari)

Sahabat Nabi bernama Abdullah Ibn Mas'ud r.a berkata :

" Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selagimana mereka mengambil ilmu dari orang berpengalaman (berusia), mereka yang amanah dan para ulama mereka, dan tatkala mereka mengambil ilmu dari mereka yang kurang pengalaman (muda remaja) dan yang jahat, nescaya mereka akan mula hancur" ( Jami' Bayan al-`Ilm wa Fadhlih ; 1/616 )

Ulama berbeza pendapat mentafsir perkataan "as-Sighar atau muda dalam athar di atas. Ibn Qutaibah : ertinya individu usia muda tandanya umurnya masih kecil dan giginya masih kecil.

Umar Al-Khattab berkata :

Ertinya : "Telah aku tahu bilakah manusia menjadi baik dan menjadi buruk. Apabila datang kefahaman hukum Fiqh dari orang muda, nescaya mereka akan sentiasa bercanggah dengan orang tua, namun apabila kebijaksanaan fiqh itu datang dari orang tua, yang muda akan mengikutinya dan sama-sama mendapat hidayah." (Jami' Bayan al-`Ilm wa Fadhlih ; Ibn Abi Al-Barr)

Terdapat juga ulama yang membawakan tafsiran muda boleh membawa erti fizikal umur dan juga secara maknawi iaitu umur tua tetapi ilmunya masih muda dan seperti kanak-kanak.

Kesimpulan dalam bab ini, ambillah ilmu dari mereka yang berpengalaman, sebaiknya yang berusia lagi alim.Namun sekiranya yang berusia sudah pupus yang alim dan tinggi ilmunya, sehingga ramai mula mengambil ilmu dari ilmuan muda. Itu antara tanda akhir zaman . Nabi bersabda :

"Sesungguhnya salah satu dari tanda hampirnya kiamat adalah orang menuntut ilmu dari mereka yang muda (fizikal dan umur, atau boleh juga membawa maksud orang kurang ilmu dan pengalaman)" ( Riwayat al-Lalakie; hadis sohih, 1/102)

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

Allahu..Allah. ..

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.

Firman ALLAH:"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun". (Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh Allah.

Ilmu yang dipelajari semata-mata dari blog dan buku tidak mampu memberikan segalanya buat anda. Carilah ia dari guru dan dari mulut sang guru. Tanpa memperolehinya dari mulut sang guru, ia mungkin sahaja membawa kepada kefahaman yang lain dan maksud yang salah. Imam As-Syafie berkata :-

Ertinya : Sesiapa yang mengaji dan mempelajari ilmu hanya dari perut-perut kitab, akan hilanglah hukum-hakam; ( Tazkirat as-Sami'; hlm 87 )

sumber :jarumemas.blogspot .com dan www.zaharuddin. net

Isu bola sepak perak.


Oleh : Izham Irwan

Presiden Persatuan Bolasepak negeri Perak (PAFA) Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Hj Jamaludin sepatut nya di beri ruang dan peluang untuk menangani masalah yang di hadapi oleh PAFA dengan FAM. Ini kerana hutang yang di tanggung oleh PAFA adalah hutang yang berpunca dari pengurusan PAFA pada tahun 2006 hingga 2008 yang lalu. Tidak perlu Nizar melepaskan jawatan nya,sedangkan masih ada ruang untuk mengatasi masalah tersebut walaupun terdapat pihak yang mempunyai agenda politik mendesak beliau berbuat demikian.

Kita perlu faham bahawa masalah dengan FAM hanya lah merupakan cadangan dari Jawatankuasa Pertandingan kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM dan belum di putuskan secara muktamad. Sebagai Presiden yang bertanggungjawab, Nizar tidak akan membiarkan perkara tersebut berlarutan, walaupun beliau boleh berbuat demikian. Pujian harus di beri kepada Nizar, kerana sepanjang penglibatan beliau dalam PAFA, tiada hutang yang di tanggung oleh Persatuan dan tidak timbul masalah pembayaran elaun dan gaji kepada jurulatih dan pemain-pemain serta kakitangan pengurusan. Beliau juga telah menaikkan gaji kakitangan di bahagian pentadbiran PAFA sedangkan selama bertahun-tahun berkhidmat dengan PAFA, kakitangan tersebut tidak pernah di berikan kenaikan gaji oleh Presiden-Presiden PAFA sebelum ini.

Tiba-tiba terdapat beberapa pihak yang melenting , di antara nya bekas pemimpin PAFA dan beberapa orang Ahli Majlis dengan membuat kenyataan di akhbar, mendesak supaya Nizar berundur dan melepaskan jawatan. Sebenar nya mereka lah bekas pemimpin yang telah meninggalkan hutang serta bebanan kepada PAFA selama ini dan telahpun di singkirkan dari PAFA. Di sebalik kenyataan yang di buat, mungkin ada agenda yang tersembunyi di sebalik tabir. Kenapa mereka perlu menyalak sekarang, sedangkan mereka tiada kena mengena langsung dengan PAFA.

Mereka berbuat demikian mungkin kerana ingin mencari publisiti murahan atau di sebabkan memegang bendera berlainan warna. Semasa DYTM Raja Nazrin menjadi Presiden PAFA , tuanku tidak dapat bertahan lama, kerana walaupun tuanku berusaha untuk mengisi tabung kewangan PAFA, pegawai kanan yang di harapkan oleh beliau telah menyalahgunakan peruntukan kewangan yang ada. Ketika ke luar negara untuk memilih pemain import, kuncu-kuncu beliau di bawa bersama tanpa perkenan tuanku. Tidak kah ini menyalahgunakan kuasa. Kerana sikap tamak dan rakus beliau untuk mengaut keuntungan selagi memegang jawatan, apajua kerja-kerja yang mendapat pulangan yang lumayan, semua nya di sapu bersih.. Setelah hal yang sedemikian dapat di hidu oleh DYTM tuanku, dengan itu, tuanku mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan selaku presiden PAFA. Samada jujur atau tidak pegawai tersebut , kita fikir-fikir kan lah.

KEMPEN SERINGGIT (RM1) – SELAMATKAN BOLASEPAK PERAK

23 November 2009 / 6 Zulhijjah 1430

Kepada :

Semua Penyokong setia, Peminat, seluruh Rakyat yang bersempati dengan Pasukan Bolasepak Negeri Perak – Skuad Seladang

Y.Bhg; Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari ;

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, kami Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dengan rendah diri demi pembangunan sukan bolasepak Negeri Perak merayu kepada semua penyokong setia, peminat dan seluruh rakyat yang bersempati dengan nasib yang bakal di hadapi oleh Pasukan Bolasepak Negeri Perak – Skuad Seladang yang mungkin terlepas peluang untuk memasuki Liga Super 2010 musim baru tahun depan.

Kami sedar sebagai sebuah parti politik berharap dengan usaha kerdil ini dapat membantu Persatuan Bolasepak Negeri Perak untuk membantu pembayaran hutang lapok kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana syarat baru daripada Persatuan Bolasepak Malaysia mewajibkan pembayaran tersebut bagi kelayakan untuk menyertai musim baru Liga Super 2010 ini nanti.

Kami juga telah berusaha mewujudkan satu tabung bantuan sempena kempen ini dan kepada yang ingin menyumbang bolehlah disalurkan kepada kami di atas nama “Pemuda PAS Perak – RM1 Selamatkan Bolasepak Perak” No. Akaun – 0 8 0 1 3 0 1 0 0 7 4 2 7 4 (Bank Islam Malaysia Berhad).

Insya Allah, semua sumbangan tersebut akan disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Perak secepat mungkin.

‘PAS UNTUK SEMUA’

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

cinta Tak seharusnya memiliki

.."milik nggendhong lali.."
rasa memiliki membawa kelalaian
-peribahasa Jawa-

Salman Al Farisi merasakan memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Ansar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi solehah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilihan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khitbah. Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.

”Subhanallaah.. wal hamdulillaah..”, girang Abu Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar putri anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abu Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab, yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi karena anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawapan mengiyakan.”

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya! Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah karena satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesedaran; bahawa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia bicara.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
♥♥♥



Cinta tak harus memiliki. Dan sejatinya kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Salman mengajarkan kita untuk meraih kesedaran tinggi itu di tengah perasaan yang berkecamuk rumit; malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih pengantar –untuk tidak mengatakan ’merasa dikhianati’-, merasa berada di tempat yang keliru, di negeri yang salah, dan seterusnya. Ini tak mudah. Dan kita yang sering merasa memiliki orang yang kita cintai, mari belajar pada Salman. Tentang sebuah kesedaran yang kadang harus kita munculkan dalam situasi yang tak mudah.
Sergapan rasa memiliki terkadang sangat memabukkan..

Rasa memiliki seringkali membawa kelalaian. Kata orang Jawa, ”Milik nggendhong lali”. Maka menjadi seorang manusia yang hakikatnya hamba adalah belajar untuk menikmati sesuatu yang bukan milik kita, sekaligus mempertahankan kesedaran bahawa kita hanya dipinjami. Inilah sulitnya. Tak seperti seorang tukang parkir yang hanya dititipi, kita diberi bekal oleh Allah untuk mengayakan nilai guna karuniaNya. Maka rasa memiliki kadang menjadi sulit ditepis..

Source: buku baru Salim A. Fillah : Jalan Cinta Para Pejuang/Gairah/Sergapan Rasa Memiliki, by Pro-U Media 2008, Harga Rp. 55.000,-



http://proumedia.blogspot.com/2008/09/new-release-jalan-cinta-para-pejuang.html

“Kembali ke ajaran Islam”

ARAFAH - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh semalam mengingatkan hadirin bahawa masalah serius yang dihadapi umat Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada penyimpangan fahaman Islam sebenar.

“Penyimpangan ini mengetepikan prinsip yang benar dalam Islam dan mengangkat kepercayaan yang salah,” katanya.

Menurutnya, kepatuhan kepada kepercayaan Islam sebenar adalah sangat penting bagi seseorang penganut Islam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah di masjid Namira di Arafah sebelum mengimamkan jemaah menunaikan solat Jumaat.

Abdul Aziz turut mengecam serangan pengganas dan operasi berani mati kerana menyebabkan kematian ramai orang awam yang tidak berdosa.

“Operasi berani mati dicela di tanah orang Islam. Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada hadirin supaya tidak menjadi alat kepada musuh Islam yang tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan agama suci itu.

“Musuh Islam pada zaman moden ini tidak jauh berbeza dengan musuh pada zaman lampau. Apa yang berbeza hanya strategi yang diubah mereka supaya bersesuaian dengan peredaran masa,” katanya. Sinar/-

Sabtu, 14 November 2009

Ada maksud sebalik kejadian ini.....wallahu'alam

Lubang-lubang Gergasi di Dunia

Kewujudan lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering dianggap fenomena luar biasa.

PASTI ramai di kalangan pengguna Internet pernah dikejutkan dengan e-mel rantaian yang menunjukkan gambar-gambar pelik dan ngeri tentang kejadian lubang gergasi di atas muka bumi.

http://farm4.static.flickr.com/3617/3496037186_9e831ca75f.jpg?v=0
RONGGA bumi yang digelar Devil's Sinkhole di Texas,
Amerika Syarikat kini diwartakan sebagai taman negara

Bagi yang curiga, kesahihan gambar seperti itu segera disangkal dengan tanggapan ia dimanipulasi perisian suntingan imej.

Dalam mencerna kesimpulan, manusia perlu mengambil kira banyak penjelasan terutama dari sudut ilmu geologi.

http://farm4.static.flickr.com/3409/3495218759_e1450de4bc.jpg?v=0
LOKASI lombong berlian di bandar Mirna, Siberia ini
membentuk lubang yang dilihat jelas dari angkasa.

Antaranya adalah seperti kejadian hakisan batu kapur, pergerakan air bawah tanah ataupun impak meteor yang terjadi ratusan atau ribuan tahun sebelumnya.

China, misalnya, mempunyai lubang gergasi atau rongga bumi terbanyak di dunia, iaitu kira-kira 50 kesemuanya. Rekod penemuan fenomena landskap alam itu dalam istilah tempatan dipanggil tiankeng.

http://farm4.static.flickr.com/3397/3496037386_de297a8f0b.jpg?v=0
TIANKENG Xiaozhai tidak diketahui rakyat China sendiri
sehingga ia didedahkan media 15 tahun lalu.

Senarai rongga bumi di China didahului tiankeng Xiaozhai. Ia mempunyai kedalaman 660 meter dan berkapasiti 119 juta meter kubik dan dikatakan mengumpul sumber air hingga berkemungkinan menjadi punca aliran Sungai Yangtze.

"Anda boleh menyembunyikan beberapa Bangunan Empire State di dalamnya. Rakyat China sendiri tidak mengetahui tentangnya hinggalah ia didedahkan media 15 tahun lalu.

"Laluan belantara dan ketiadaan infrastruktur menyukarkan sesiapa untuk sampai ke lokasi ini," ulas pakar geologi dari Pennsylvania State University, Prof. William White.

White membentangkan penemuan tiankeng Xiaozhai selepas mengikuti pelawaan ekspedisi ke lokasi terpencil itu pada tahun 2005 oleh pakar dari Institut Geologi Guilin, Zhu Xuewen.

"Ciri rongga bumi sangat unik. Faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah kemungkinan wujudnya aliran sungai bawah tanah. Ia kelihatan seperti lembah, namun jika diteliti, 'lembah' itu tidak mempunyai jalan keluar," ujar White.

http://farm4.static.flickr.com/3407/3495218559_feee8a1679.jpg?v=0

PENENGGELAMAN tanah di Guatemala City ini berpunca
daripada kebocoran sistem paip bawah tanah.

Di Texas, Amerika Syarikat, rongga bumi yang digelar Devil's Sinkhole sudah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular.

Penerokaannya dari sudut komersial telah menjadikan tempat itu boleh dikunjungi mereka yang mahu mencuba aktiviti seperti menuruni cenuram batu dan merentas lereng.

Paling menggemparkan adalah tentang kejadian lubang gergasi yang mengorbankan tiga mangsa di Guatemala City pada 23 Februari 2007.

http://farm4.static.flickr.com/3597/3495219975_b98fd30769.jpg?v=0

Diameter lubang ini mencapai ukuran 20 meter sementara berkedalaman 204 meter. Kerosakan sistem pengaliran air banjir bawah tanah dikatakan menjadi punca bagi tragedi yang meninggalkan landskap kekal itu.

Selain lubang yang terbentuk secara alami atau tanpa diduga, terdapat juga lubang besar yang dibuat oleh manusia atas agenda perlombongan.

http://farm4.static.flickr.com/3297/3496037560_5e4d19e2a9.jpg?v=0
Lombong Mirna, Siberia

http://farm4.static.flickr.com/3644/3496037644_fa44cd4db2.jpg?v=0
Anak panah menunjukkan betapa kecilnya kenderaan dgn lubang tersebut

Sebagai contoh, lombong berlian di di Mirna, Siberia meninggalkan lubang bersaiz 525 meter dalam dan berdiameter 1.25 kilometer. Saiz berbentuk kawah itu sangat jelas dikesan daripada rakaman satelit.

http://farm4.static.flickr.com/3417/3496038280_4e3c908148.jpg?v=0
Impak meteor juga dipercayai menyebabkan rongga besar di dasar Laut Caribbean.

http://farm4.static.flickr.com/3330/3496038386_b5b6408cca.jpg?v=0
IMPAK meteor yang 'melubangkan' dasar samudera
di Laut Caribbean ini diiktiraf tapak warisan UNESCO.

Digelar sebagai Great Blue Hole, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Air membentuk kaviti

Menurut pensyarah geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Che Abdul Aziz Ali, fenomena itu juga pernah berlaku di Malaysia tetapi tidak ketara saiznya.

"Seperti lubang berbentuk kawah bulat yang ditemui di Pulau Langkawi, ia dipercayai adalah tinggalan impak meteor suatu masa dahulu. Tenaga dan sudut hentaman itu menentukan jenis dan bentuk lubang yang terhasil pada muka bumi," terangnya.

Lubang Bingham Canyon Di Utah

http://farm4.static.flickr.com/3621/3495219843_4d8f225a0f.jpg?v=0

Selain meteor, kemungkinan kes penenggelaman mengejut pada kawasan tertentu juga disumbangkan punca-punca seperti penurunan mendadak paras air bawah tanah akibat kemarau, aktiviti perlombongan, kebocoran sistem pengairan, dan tekanan beban di permukaan.

Air, menurut Abdul Aziz, menjadi penyebab utama jika mengulas tentang proses kaviti yang membentuk rongga dalam batu kapur.

Pembentukan Gua Mulu, Sarawak dan Batu Caves, Selangor adalah contoh terbaik tentang penyusutan atau perubahan formasi batu kapur yang disebabkan oleh aliran air di bukit batu kapur.

Lubang Besar Kimberley di Afrika Selatan
http://farm4.static.flickr.com/3552/3496037774_11d0c6a7c6.jpg?v=0

Kalau bukan kerana kaviti yang membentuk gua, permukaan atas batu kapur boleh mengalami penenggelaman lalu membentuk lubang yang besar. Itulah misteri alam yang manusia sendiri tidak tahu bila akan terjadi.

"Air hujan adakalanya mengandungi asid yang memiliki keupayaan menghakis batu dari semasa ke semasa. Untuk jangka masa panjang, perubahan struktur akan berlaku," ujarnya yang turut memberitahu bahawa 40 peratus daripada muka bumi Kuala Lumpur terbentuk di atas batu kapur.

Lubang Glory Monticello Dam

http://farm4.static.flickr.com/3540/3496037958_d2c918fc11.jpg?v=0

http://andry2808.files.wordpress.com/2009/01/lubang-ajaib-9.jpg?w=400&h=296

http://farm4.static.flickr.com/3313/3495219399_645c3f8752.jpg?v=0
------------------------
Bagaimana pula dengan lubang api ini???













Tempat ini adalah di Uzbekistan yg digelar oleh penduduk setempat sebagai Pintu ke Neraka... terletak berhampiran dgn sebuah bandara kecil bernama Darvaz.

Kisah ini bermula kira-kira 35 tahun yg lampau. Seorang ahli geologis telah menggali tempat ini untuk mencari gas asli. Secara tiba-tiba semasa penggalian tersebut, mereka telah terjumpa satu jurang besar di bawah tanah. karena terlalu besar sehingga semua peralatan penggalian tersebut telah masuk ke dalam jurang tersebut.

Tiada siapapun yg berani turun ke dalam jurang tersebut disebabkan jurang tersebut dipenuhi gas asli bumi. Untuk menghindari gas bumi yang akan mencemarkan bumi, mereka telah menyalakan api di dalam jurang tersebut dan semenjak dari itu sehingga kini, telah 35 tahun lubang ini terbakar tanpa henti walau sesaat.

sumber: http://malaysiasensasi.blogspot.com/2009/05/lubang-gergasi-bumi.html

Rabu, 4 November 2009

lihat lebah, ingat lebah...........


ketika lebah menyimpan madunya di sarang.......

ni bayangn ratu lebah............... lawanye....

gambar sebenar lebah dan ratu lebah..... disarangnye

askar lebah mengerumuni raja lebah......

memasuki madu didalam sarangnya........

Isnin, 2 November 2009

apa itu cinta

Cinta adalah fitrah manusia

Cinta adalah fitrah manusia?
"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soalan tentang bolehkah sebenarnya bercinta dalam Islam, mungkin dek kerana terpengaruh dengan aluan nasyid nasyid longlai dan fatwa cinta di dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan nikmat bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu soalan yang agak sukar untuk dirungkai, apa lagi bagi orang yang tak punyai pengalaman .

Cinta boleh menjadi fitnah

Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, hanya bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan: (( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain fitnah, adakah kamumelihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat )).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haramdan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia itu secara semulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekehkan,nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang mengigit sukma lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan remaja hari ini.

1. Memandang kepada bukan mahram
Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… ).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita.

Justeru, pandangan mata perlulah dijaga demi keselamatan hati dan rohani, kerana pandangan juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda Rasulullah, "dua mata itu boleh berzina melalui pandangannya"-riwayat Bukhari.
Rasulullah pernah berpesan pada Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahiwajhah: " Wahai Ali,jangan kamu turuti pandangan pertama (yang tidak disengajakan dengan pandangan seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang kedua bukan haqmu.."-riwayat Tarmizi.

2. Berjumpa dan berjalan berdua-duaan
Seorang perempuan tidak dibenarkan bermusafir sendirian, dan bertemu lelaki ajnabi sendirian, seperti sabda Nabi s.a.w: " Tidak bermusafir seorang perempuan kecuali ada bersamanya mahramnya, dan tidak boleh seseorang masuk menemuinya kecuali ada mahramnya."- hadis riwayat Imam Bukhari.
Perempuan juga dilarang berjalan bersama sama lelaki, dalam sunan Abi Daud, diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memerintahkan para wanita agar berjalan di tepi laluan jalan, tidak di tengah kerana mengelakkan mereka dari bercampur dengan lelaki. Sedangkan percampuran begini dilarang, apatah lagi berjalan berdua - duaan.

3. Berpegangan tangan
Di dalam Islam, mengikut pendapat jamhur dan rojih, seorang muslim diharamkan bersalaman/bersentuhan dengan semua wanita (iaitu dalam hal biasa, dibolehkan dalam hal darurat seperti perubatan), kecuali dengan mahramnya: ibunya, adik beradiknya,anaknya, ibu mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya, isterinya dan anak tirinya( anak isteri).

Jika dilihat dari sirah Rasulullah, baginda amat tegas menjauhi persentuhan lelaki perempuan, hatta dalam hal penting sekalipun seperti bai'ah. Bahkan rasulullah akan mengambil bye'ah wanita melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah r.a, katanya: Nabi mengambil bai'ah para wanita dengan ikrar, baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita kecuali wanita yang halal baginya.-riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai anak anak muda berpasangan berpegangan tangan, sedangkan baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh. Telah menjadi fitrah pada lelaki dan wanita apabila bersentuhan keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati. Ini akan menjadi satu permulaan kepada perkara maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai Allah agar kelihatan indah.

Bersentuhan sangat berkaitan dengan hawa nafsu, dan hawa nafsu itu adalah buta dan tuli. Apabila nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah tangan. Bagi wanita pula,malu itu adalah ibarat mahkota yang tidak perlukan singgahsana. Tetapi sekiranya mahkota ini tercabut dari singgahsananya, maka jadilah wanita itu lebih dahsyat daripada 70 ekor syaitan!


4. Berdua-duaan / dating/ khalwah ajnabiyah
Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat imam Ahmad). Tidak syak lagi bahawa berdua-duaan satu perkara yang amat besar bahayanya. Nafsu shahwat akan memungkinkan segalanya, ditambah lagi syaitan yang akan berusaha kuat untuk menjerumuskan manusia ke jalan kemaksiatan. Apabila sudah berada di landasan keseronokan nafsu, seseorang baik lelaki mahupun wanita akan lupa kekuasaan Allah, kemurkaan dan azabNya. Mereka juga akan melupakan nilai kesucian diri dan kemuliaan sifat terpuji. Dalam keadaan berdua-duaan amatlah mudah untuk terjatuh ke dalam jenayah yang besar. Bahkan ianya merupakan satu peringkat yang paling menghampirkan diri kepada zina, dan ianya terbukti dengan kes-kes penangkapan khalwat, dan muqaddimah zina serta zina itu sendiri yang berpunca dari berdua-duaan.

Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah daripada berdua-duaan dengan perempuan, Demi diriku yang berada dalam tanganNya, tidaklah berkhalwat dua orang lelaki dan perempuan kecuali ada syaitan diantara mereka.. dan jika sekiranya seorang lelaki berhimpit dengan seekor bab* yang berlumuran lumpur dan kotoran itu lebih baik baginya dari berhimpit bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal baginya".
Hadis di atas jelas mengharamkan khalwat dan duduk berdua bersama, kalau di zaman kita ini termasuklah duduk berdua-duaan bersebelahan di dalam bas, wayang dan sebagainya. Satu alasan yang popular bagi mereka yang ingin berdua-duaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran. Menuntut ilmu itu memanglah satu perkara yang dituntut, tapi apakah sudah tidak ada pelajar lain di atas muka bumi ini untuk belajar bersama sama. atau sudah tiada pelajar yang sama jantina yang boleh membantu dalam pelajaran.

Cuba kita renungi kata-kata Imam Hasan al-Basri : "Jangan kamu berdua-duaan dengan perempuan, walaupun kamu berkata. saya mengajarkannya al-Quran". Demikianlah beberapa hujah dari baginda Rasulullah sendiri serta para ulama tentang larangan dan bahaya khalwah atau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram.

PERSOALAN : Telefon dan SMS - boleh atau tidak Seperti yang kita tahu, telefon dan SMS merupakan alat perantaraan komunikasi yang tidak wujud di zaman rasul, sahabat mahupun tabiin. Dalam hal ini saya mengembalikan hukum sesuatu perbuatan itu kepada asalnya, iaitu mengikut kaedah usul fiqh, asal kepada setiap satu itu adalah harus, selagi tidak ada nas yang mengharamkannya. Atau dalam masalah telefon barangkali dapat kita lihat dalam bab mendengar percakapan wanita , satu bab yang ada dalam kitab fiqh. Bercakap dan mendengar percakapan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi, dengan satu hajat atau tujuan yang baik, adalah diharuskan di dalam Islam, selagimana ianya aman dari fitnah, tidak menimbulkan shahwat, dan tidak melalaikan dari mengingati Allah Ta'ala.

Di dalam Soheh Bukhari dan soheh muslim misalnya, terdapat hadis yang menerangkan bagaimana Rasulullah mengambil bye'ah dari para muslimah dengan percakapan. Ibnu Hajar dalam syarah Soheh Bukhari, kitab Fathul Bari menyimpulkan dari hadis ini bahawa, mendengar percakapan perempuan itu adalah harus, dan suara mereka bukanlah aurat. Imam Nawawi pula dalam syarah sahih muslim menyatakan: dalam hadis ini kita dapati bahawa percakapan wanita itu harus untuk kita mendengarnya dengan ada hajat atau tujuan, dan suara mereka bukanlah aurat. (rujuk Mufassal, Abd karim Zaidan, jilid 3, m/s 276/277)

Antara dalil lain yang mengharuskan percakapan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah Al-Qur'an memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi saw dari balik tabir. Allah berfirman: "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ..."(al-Ahzab: 53).
Permintaan atau pertanyaan dari para sahabat itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin. Mereka memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadits-hadits bagi orang yang ingin mengambil hadits mereka. Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi saw. dihadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, "Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar."
Di dalam Al-Quran juga kita dapat mengikuti kisah seorang wanita muda, putri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib alaihissalam) yang bercakap dengan Musa, sebagaimana dikisahkan dalam Al-Qur'an: "... Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ..." (al-Qashash: 25)
Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka: "... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya." (al-Qashash: 23)

Selanjutnya, Al-Qur'an juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih. Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Qur'an diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bias membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit." Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surat di atas: "Dan ucapkanlah perkataan yang baik". Melalui hujah ini, maka harus untuk seseorang bercakap melalui telefon, atau menghantar SMS, dengan hajat dan tujuan yang baik di sisi syara' seperti yang dibawakan dalam contoh-contoh di atas serta aman dari fitnah, syahwat dan tidak melalaikan kita dari mengingati Allah Ta'ala. Semua ini hanya dapat ditentukan oleh diri orang yang menelefon atau memberi sms itu sendiri, samaada percakapannya itu menimbulkan fitnah atau tidak, melalaikan atau tidak, maka kalau dia berdusta pada dirinya sendiri dan orang lain,maka itu antara dia dan Allah Ta'ala.

Cinta sebagai satu fitrah

Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.

Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan, mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat perempuan itu mengikut batas syara'. Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia hendak meminang seorang perempuan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu berdua nanti". Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta sebagai suami isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju firdausi. Wallahua'lam.

Jangan mudah melafaz kasih, kasih itu untuk siapa..
Jangan mudah melafaz sayang, sayang itu pada siapa..
Jangan mudah melafaz cinta, cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan bunga, bungakan layu..
cintakan manusia kan pergi .
p/s: Artikel ini telah diriso dan diedarkan kepada semua muslimin dan muslimat di Kolej Matrikulasi Melaka sebagai langkah untuk mencegah keruntuhan akhlak di kalangan pelakar yang kini kian serius.
Ingatlah "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"
Date: Sunday, July 09 2006 @ 00:00:00 MYT
Topic: Kisah_Tauladan dept.
Sumber: http://asamboi.org/asamv4/index.php?op=NEArticle&sid=176
daripada; musabhabibs.blogspot.com

muslimah punya sifat malu

Sifat Malu Muslimah
Petikan dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/malunya-seorang-wanita-islam.htmlMUKADDIMAHDulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.MALUNYA WANITA DALAM QURANDidalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.MALUNYA WANITA DALAM SUNNAHكان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.KISAH MALUNYA SEORANG WANITASeorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).KESIMPULANOleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMAWalaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:اجتمعن يوم كذا وكذا"Berhimpun pada hari sekian-sekian."Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)Dalam athar ada menyebut:نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

teladan; mus'ab bin umair >pemuda dakwah

Mus'ab bin Umair : Pemuda Dakwah
Mus'ab bin Umair : Pemuda DakwahMusab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

Allahhu akbar

Allahhu akbar