Rabu, 15 Jun 2011

Panduan Gerhana Bulan



Gerhana bulan penuh berlaku pada hari Khamis, 16 Jun 2011 = 14 Rejab 1432H, jam 2.25 pagi dan kemuncak gerhana pada jam 4.14 pagi.Bulan terang semula pada jam 6.00pagi.

SOLAT GERHANA

Waktunya

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat

Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa

dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA

1. Disunatkan mandi sebelum solat.

2. Bilal Menyeru :

" الصَّلاةُ جَامَعَة "

3. Berdiri lurus mengadap kiblat.

4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan:

" اُصَلِّى سُنَّةَ خُسُوْفِ الْقَمَر رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى "

"Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana AllahTa’ala”.

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari:

" اُصَلِّى سُنَّة َكُسُوْفِ الشَّمْسِ رَكْعَتَيْنِ مَأْ مُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى "

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana AllahTa’ala”.

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.

6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.

7. Baca al-Fatihah dan Surah.

8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).

9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.

10. Baca al-Fatihah dan Surah.

11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.

12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.

13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.

14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti

khutbah Hari Raya).

INGATAN :

1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau

rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah

menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin

Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring (

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Allahhu akbar

Allahhu akbar