Jadilah pemuda yang sebenar-benarnya,
duduk dan bangun hanya kerana yang esa,
tanam sikap tabah dan teguh dalam diri,
menuju ke destinasi yang hakiki.
jika hati terluka dengan dakyah dunia,
manusia lain mampu melihat kita terluka,
dek kerana hatinya yang mati senantiasa alpha,
sukar untuk kita mengenal manusia hanya bersabar.
Jatuh dan bangunnya pemuda kerana Keadilan,
jeritan pemuda sentiasa kedengaran di mana-mana,
hanya berbicara kebenaran dan penindasan,
namun pemuda tidak gentar walaupun tewas.
penakut, mandom dan malas itu bukan pemuda,
pemuda adalah air yang mengalir,
kezaliman ku lihat seperti ranting kayu,
tiada siapa boleh menghalang perjalananku.
tiba masanya berhenti membeli rumus-rumus asing
Diktat hanya boleh memberi methode
tetapi kita sendiri mesti merumuskan keadaan
kita mesti keluar ke jalan raya
keluar ke desa-desa
mencatat sendiri semua gejala
dan menghayati persoalan yang nyata
-Mus'ab Habib-
*Diktat = catatan pelajaran yang dibuat oleh siswa pada waktu mengikuti pelajaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan