Jumaat, 15 Februari 2013

Makan atau minum menggunakan tangan kiri



Kemarin, ada orang tanya saya. 
Apa hukumnya kita makan dan minum menggunakan tangan kiri,
dan saya telah menjawab seperti berikut berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

Dalil yang diguna pakai agar tidak makan atau minum dengan menggunakan tangan kiri ialah sebuah hadis daripada Ibnu Umar ra :

“Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”
(HR Imam Muslim : 2020)

Begitu juga dengan hadis daripada Jabir bin Abdullah ra :

“Jangan kamu makan dengan tangan kiri , kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri” 
(HR Imam Muslim : 2019)

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan kepada larangan daripada makan dan minum dengan tangan kiri.Apa yang dimaklumi ialah , Rasulullah saw melarang daripada makan dan minum dengan tangan kiri adalah kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu daripada perbuatan syaitan , yang mana Islam menyuruh kita sentiasa menganggap syaitan itu adalah musuh nyata bagi umat Islam.Oleh yang demikian , mengikut segala ketetapan yang ditentukan oleh syarak melalui al-Quran dan Hadis Rasulullah saw adalah sesuatu yang amat digalakkan.

Hadith diatas juga menerangkan bahawa syaitan minum/makan dengan menggunakan tangan kiri.Jika kita amalkan perbuatan seperti tersebut seolah-olah kita telah menjadikan syaitan itu sebagai kawan/idola kita..Naauzubillah

Allah swt berfirman

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagimu".(Az Zukhruf 62.)

Persoalannya....

"Macam mana nak gunakan tangan kanan sekiranya penuh dengan sisa makanan di tangan/jari?"

Jawapan:Apa salahnya,jika kita sisipkan makanan tersebut ataupun kita boleh jilat jari kita tersebut,tak salahkan sisa makanan yang ada di tangan/jari itu merupakan bekas makanan kita juga,jadi tidak timbul soal lagi soal jijik atau tidak.

-mus'ab habib-

2 ulasan:

  1. Betul tu.. HSQ kecewa jugak tengok ada orang ambik remeh je pasal benda ni..
    Bagus2..

    BalasPadam
  2. Melatih anak yg sedia kidal memang mencabar. Banyak aktiviti seharian; termasuk makan (jika menggunakan sudu) dia menggunakan tangan kiri secara semulajadi.. kita kena sentiasa perhati & ingatkan dia.. rezeki masing-masing..:)

    BalasPadam

Allahhu akbar

Allahhu akbar